“Tewaskan Sri Pahang Bukan Misi Mustahil” – Matyo
Piala Malaysia
Harini FT
Advertisements

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo melihat pasukannya, Harini FT berpeluang mengatasi Sri Pahang FC dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia.

Ini kerana semangat juang yang dimiliki anak-anak buah P. Maniam itu berjaya mengikat Tok Gajah 2-2 sebelum akhirnya tumbang 3-2 dalam aksi pertama pada Jumaat lepas.

Justeru, Matyo percaya sekiranya Harini mengekalkan semangat juang yang ditunjukkan dalam aksi pertama, tidak mustahil mereka boleh menundukkan Sri Pahang FC biarpun perlu beraksi di Stadium Darul Makmur.

Advertisements

“Kita dari MBSB Cup, kita memang bagi saingan sengit kepada team tersebut (Sri Pahang FC) walaupun tiada pemain import. Tapi pemain-pemain Harini FT tunjukkan kesungguhan dan semangat melawan kelab Liga Super ini.

“Walaupun kita ketinggalan 2-0, kita datang balik 2-2. Cuma ada mistake yang kita perlu pelajari, last minute goal daripada Pahang.

“Menang di Kuantan, ya, saya tahu ia satu tugas susah. Macam saya cakap malam ini, kita pasukan underdog. Kita akan cuba bagi saingan kepada pasukan Pahang dan kita akan cuba. Misi ini bukan mustahil sebab ini bola sepak,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Yeoh Pek Xian selepas perlawanan Harini FT-Sri Pahang FC.

Advertisements

Aksi kedua Piala Malaysia membabitkan Harini FT dan Sri Pahang FC akan berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 20 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram