Thailand Bagi Amaran Awal, Mudah Belasah Myanmar
Dunia
All Things Thai Football
Advertisements

Thailand mempamerkan keazaman mempertahankan kejuaraan Piala AFF edisi 2020 dengan menundukkan pasukan negara jiran, Myanmar dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Thammasat hari ini.

Skuad Gajah Perang membolosi Chinthe seawal minit ke-12 menerusi sepakan penalti Teerasil Dangda. Ini selepas bekas penyerang Shimizu S-Pulse itu dikasari bek tengah Ye Min Thu dalam kotak penalti. Dangda tenang menewaskan penjaga gol Myanmar, Kyaw Zin Phyo menerusi rembatan kaki kanan bagi meletakkan Thailand di hadapan.

17 minit selepas itu, Zin Phyo dibolosi lagi buat kali kedua menerusi gol pemain sayap Bordin Phala. Penjaga gol Shan United itu berjaya menepis cubaan pemain sayap Muangthong United, Ekanit Panya selepas menerima hantaran Dangda. Tetapi Zin Phyo tidak berupaya menafikan cubaan Phala untuk gol kedua Gajah Perang.

Advertisements

Menjelang rehat separuh masa, Myanmar dibolosi lagi sebanyak dua kali dalam tempoh dua minit. Pertama, menerusi gol sendiri Nanda Kyaw pada minit ke-45. Dan kedua, menerusi gol pemain tengah BG Pathum United, Sarach Yooyen dari luar kotak penalti pada minit ke-47. Keputusan 4-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, Chinthe cuba bangkit tetapi skuad bimbingan Mano Polking terus berselera menambah gol. Hasilnya, Dangda sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Myanmar dengan menyumbat gol kelima tuan rumah pada minit ke-58.

Myanmar terus dimalukan apabila apabila pemain pertahanan Ranong United, Nyein Chen menjaringkan gol sendiri pada minit ke-75. Dengan keputusan kini 6-0, bek tengah Buriram United Pansa Hemviboon cuba menembusi gawang Chinthe pada minit ke-85 tetapi terus dinafikan Zin Phyo. Keputusan 6-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Walaupun ini hanya perlawanan pemanas badan, Thailand mahu membuktikan mereka pasukan yang tidak patut dipandang remeh dalam Piala AFF 2022. Pasukan Gajah Perang bakal mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Taiwan pada 14 Disember ini sebelum Piala AFF 2022 bermula enam hari selepas itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram