Thailand Pertaruh 5 Bintang Eropah Di Piala Dubai B-23
Dunia
MakanBola
imagoimages/gettyimages/spellbrand
Advertisements

Pasukan Thailand dikatakan bakal memanggil lima bintang muda yang berpangkalan di Eropah bagi saingan Piala Dubai B-23 tahun yang akan bermula bulan Mac ini.

Difahamkan, dua daripada lima pemain yang dipanggil adalah daripada kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea FC dan Leicester City.

Advertisements

Jude Soonsup Bell berusia 18 tahun yang kini beraksi bersama Chelsea FC B-19 dan juga Thanawat Suengchitthawon yang berusia 22 tahun beraksi bersama Leicester City B-23 tahun.

Selain itu, tiga pemain lagi ialah Benjamin James Davis (Oxford United B-22), Jonathan Khemdee (Odense Boldklub B-19) dan Channarong Promsrikaew (AD Union Adarve B-20).

Advertisements

Hanya seorang pemain sahaja iaitu Jude Soonsup Bell yang tidak pernah beraksi bersama pasukan Thailand sementara pemain yang lain pernah beraksi bersama skuad muda dan juga skuad senior.

Advertisements

Thailand dilihat lebih bersedia membuat perancangan awal bagi menghadapi saingan AFC B-23 tahun 2022 yang akan bermula pada bulan Jun di Uzbekistan.

News Comments Account