Thailand Sertai Piala Asia Barat
Dunia
Changsuek
Advertisements

Thailand tidak mahu berlengah dari segi perancangan untuk tahun 2023 selepas berjaya mara ke final Piala AFF 2022. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mendedahkan mereka telah menerima jemputan menyertai Piala Asia Barat 2023.

Kejohanan anjuran Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) itu bakal diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 20 Mac hingga 2 April ini. Ia bakal melibatkan 12 negara anggota iaitu tuan rumah UAE, Jordan, Lubnan, Palestin, Iraq, Syria, Arab Saudi, Yemen, Bahrain, Kuwait dan Oman.

Selain Thailand, beberapa negara lain turut menerima jemputan menyertai kejohanan tersebut. Salah satu daripadanya ialah India berdasarkan satu laporan Times of India.

Advertisements

FAT menerusi Setiausaha Agungnya, Pathit Supapong melihat ini peluang terbaik untuk mengumpul lebih banyak mata ranking FIFA. Ini kerana lawan yang ditemui berada di kedudukan yang lebih tinggi dan bermain pada tahap berbeza.

“Ia sama seperti Jepun yang mendapat jemputan menyertai kejohanan Eropah (Liga Negara UEFA) di mana Thailand merupakan wakil luar yang diberi peluang beraksi dalam Piala Asia Barat.

“Kami berminat untuk menyertainya tetapi belum membuat keputusan kerana perlu berbincang (dengan kelab-kelab) dahulu,” katanya.

Advertisements

FAT berpandangan sedemikian kerana tidak mahu mengganggu perjalanan Liga Thai yang sedang berjalan ketika ini. Walaupun ia diadakan dalam ruang kalendar FIFA, pasukan-pasukan tidak mahu momentum mereka terganggu lebih-lebih lagi dengan liga bakal berakhir pada Mei ini.

Justeru, diskusi perlu diadakan dengan kelab-kelab liga terlebih dahulu sebelum satu keputusan dapat dicapai.

“Pasukan kebangsaan Thailand mungkin akan beraksi sekurang-kurangnya tiga perlawanan pada pusingan pertama menentang pasukan berkedudukan ranking lebih tinggi.

Advertisements

“Inilah peluang kami untuk menaikkan kedudukan ranking FIFA kerana ia memberi kesan kepada undian Piala Asia 2023 dan kelayakan Piala Dunia 2026 di mana setiap pasukan ditempatkan dalam balang undian mengikut kedudukan ranking masing-masing.

“Peluang seperti ini bukan mudah untuk dapat. Ianya sesuatu yang memalukan jika kami tidak menyertainya,” ujarnya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram