Thailand Terima Bonus Mencecah RM4.6 Juta Julang Piala AFF
Dunia
Thai League Central
Advertisements

Kejayaan menjulang Piala AFF 2022 semalam bukan saja menjadikan Thailand pasukan paling berjaya dalam kejohanan tersebut. Malah, itu juga melayakkan mereka menerima bonus berjumlah 35 juta baht (RM4.6 juta).

Sebelum ini, pengurus pasukan Nualphan Lamsam atau Madam Pang sudah berjanji akan memberi bonus sebanyak 10 juta baht (RM1.38 juta) kepada pasukan kebangsaan Thailand sekiranya mereka layak ke final.

Tetapi dalam temubual pasca-perlawanan final semalam, beliau bersedia menggandakan lagi nilai bonus mereka kepada 20 juta baht (RM2.61 juta).

Advertisements

Ditambah dengan bonus lima juta baht (RM638,000) yang dijanjikan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), ini menjadikan bonus yang diterima anak-anak buah Mano Polking ialah 25 juta baht (RM3.27 juta).

Selain itu, skuad Gajah Perang turut menerima hadiah kemenangan berjumlah 10 juta baht (RM1.38 juta) susulan kejayaan menjulang Piala AFF 2022. Ini menjadikan jumlah keseluruhan bonus yang bakal diterima ialah 35 juta baht (RM4.6 juta).

Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana bonus tersebut akan diagihkan kepada para pemain, staf kejurulatihan dan pegawai pasukan. Tetapi yang pasti, ia dianggap penyuntik semangat terbaik untuk Thailand meneruskan kecemerlangan dalam kejohanan antarabangsa lain termasuk Piala Asia 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram