Thailand telah mengguna pakai pendekatan Malaysia dalam menambah baik kekuatan pasukan.
Skuad muda Thailand dijangka bakal mendapatkan sentuhan pemain warisan yang berkelana di Eropah bagi menambah sengat pasukan.
Hal ini susulan skuad Gajah Perang dijangka bakal diperkuat dengan kehadiran penyerang muda Leicester City, Jake Fleischer tidak lama lagi.
Pemain berusia 15 tahun itu merupakan tonggak kelahiran British-Thailand dan layak mewakili negara tersebut kerana memiliki pertalian menerusi ibunya yang merupakan warganegara Thailand.
Usaha ini sejajar dengan tindakan yang dilakukan oleh Malaysia yang mula mendapatkan sentuhan pemain warisan untuk membantu skuad muda negara.
Baru-baru ini, penjaga gol berbakat Perth SC, Kaveen Waran telah berada dalam senarai bersedia skuad B-19 nagi menghadapi Kelayakan Piala Asia B-20.
Tonggak kacukan Australia-Malaysia itu juga dijangka berada dalam senarai skuad B-17 bersama-sama seorang lagi tonggak Norway-Malaysia iaitu Kim Johan.
Malah, perancang tengah JDT III, Danish Pesenti turut mendapat panggilan Malaysia B-20 sekaligus merancakkan perebutan skuad muda negara kali ini.
Kelayakan Piala Asia B-20 menjadi ujian sebenar untuk Juan Torres bagi menyalakan impian Malaysia ke pentas terbesar bola sepak Asia itu sekali lagi.