Advertisement
“Tiada Jaminan Buat Mana-Mana Pemain Ke Piala Asia” – Kim Pan-gon
Harimau Malaya
MakanBola
Azri / MakanBola

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui tidak memberi jaminan kepada mana-mana pemain untuk mendapat tempat khas ke Piala Asia tahun hadapan.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu kini sedang mempersiapkan pasukan bagi aksi Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung pada 13 Oktober 2023.

Beliau berpuas hati dengan panggilan pemain kali ini namun mahu setiap pemain untuk memberikan yang terbaik buat negara.

Seramai 25 orang pemain telah dipertaruhkan untuk memacu cabaran negara berdepan pasukan ke-102 dunia, India di gelanggang sendiri.

Pan-gon bagaimanapun menyatakan secara serius bahawa tiada jaminan buat mana-mana pemain untuk mendapat tempat secara mudah dan mahu mereka terus bekerja keras.

Bercakap kepada Harimau Malaya, persiapan kini tertumpu kepada beberapa aspek penting terutamanya selepas berjaya mengikat pasukan 100 terbaik dunia iaitu China dan Syria.

“Sebagai seorang profesional, para pemain perlu terus memberikan komitmen, kesungguhan dan semua bersaing. Jika ada yang merasakan tempatnya sudah terjamin, saya tidak rasa begitu.”

“Setiap hari kita menilai pemain dan setiap sesi kami menilai pemain dan juga setiap perlawanan. Harapan saya adalah mereka mengekalkan persaingan dalam kelompok mereka,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Jurulatih berusia 54 tahun itu mahu mengekalkan suasana persaingan secara sengit dalam pasukan untuk menambah kesungguhan pemain.

Gabungan pemain muda dan berpengalaman memberi keseimbangan terbaik buat Malaysia dalam misi memperagakan aksi sempurna di Qatar tahun hadapan.

Malaysia akan berdepan India pada 13 Oktober 2023 jam 9 malam.