Tiada Lagi Peraturan Kelebihan Away Goal di Liga Malaysia
Liga Super
Advertisements

Malaysian Football League (MFL) pada hari ini, mengumumkan bahawa peraturan kelebihan jaringan di tempat lawan, dimansuhkan berkuatkuasa serta-merta.

Untuk makluman, peraturan away goal ini memberi kelebihan kepada pasukan yang menjaringkan gol yang lebih di gelanggang lawan untuk muncul pemenang, sekiranya perlawanan berkesudahan seri secara agregat.

Menurut MFL dalam satu kenyataan, pemansuhan peraturan itu adalah selaras dengan perubahan terkini dilaksanakan AFC dan UEFA.

Advertisements

“Pada 24 Jun 2021, UEFA telah membuat keputusan untuk memansuhkan peraturan away goal bermula musim 2021/2022 sementara pada 1 Ogos 2022 pula, AFC telah memaklumkan keputusan untuk memansuhkan peraturan away goal bermula musim hadapan.

“Justeru MFL telah memutuskan untuk menyelaraskan peraturannya dengan perubahan terkini AFC dan UEFA dengan memansuhkan peraturan kelebihan away goal dalam kejohanan kalah mati di mana perubahan peraturan ini bermakna bahawa perlawanan yang terikat secara agregat selepas 180 minit timbal balik, akan dilanjutkan ke masa tambahan selama 30 minit.

“Jika kedua-dua pasukan masih terikat, maka pemenang perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti,” kata MFL.

Advertisements

Ini bermakna pemansuhan peraturan tersebut akan berkuatkuasa dalam saingan Piala Malaysia 2022 yang bakal membuka tirai pada 26 dan 27 Oktober 2022.

Sebagai rekod, pasukan terakhir yang mendapat manfaat menerusi peraturan ini di Liga Malaysia adalah Kedah Darul Aman FC ketika menentang Sri Pahang dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia pada 2019.

Ketika itu perlawanan berkesudahan seri 3-3 di Alor Star dan kemudiannya aksi penuh dramatik di Stadium Darulmakmur pula berakhir dengan keputusan seri 5-5. Dengan agregat 8-8, Kedah mara ke perlawanan akhir menerusi peraturan away goal.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram