Tiada Permohonan Maaf Diterima, Kedah Heret Zulhelmi Ke Mahkamah
Liga Super
Advertisements

Kelab Bolasepak Kedah Darul Aman (KDAFC) memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan tindakan undang-undang ke atas wartawan sukan sebuah stesen tv tempatan, Zulhelmi Zainal Azam susulan ciapannya yang berbaur fitnah pada 10 Oktober lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif KDAFC, Khamal Idris Ali dalam satu kenyataan memberitahu, tempoh masa tujuh hari telah diberikan kepada Zulhelmi untuk membuat permohonan maaf namun tiada maklumbalas diterima.

“Rentetan dari isu ciapan twitter wartawan berbaur fitnah kepada KDA FC pada 10 Oktober 2022, KDA FC melalui firma guaman dilantik, Farahazlinda & Co. telah mengeluarkan satu notis tuntutan kenyataan fitnah bertarikh 12 Oktober 2022 kepada Mohd Zulhelmi Zainal Azam.

Advertisements

“Selepas tamat tempoh 7 hari masa diberikan untuk melakukan demikian, tiada permohonan maaf secara bertulis diterima dari wartawan tersebut.

“KDA FC telah mengarahkan peguam yang dilantik untuk meneruskan tindakan lanjut di mahkamah,” kata Khamal.

Zulhelmi sebelum ini telah membuat satu tweet di twitter peribadinya, dengan menyebarkan dokumen sulit berkaitan urusan kelab itu dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Advertisements

Melalui tweet itu juga, Zulhelmi menyatakan kelab itu berdepan masalah dalaman dan tunggakan potongan cukai LHDN itu juga menjejaskan pergerakan beberapa staf kejurulatihan dan pemain import ke luar negara.

Ia menimbulkan rasa kurang senang pengurusan KDAFC di mana Khamal ketika itu mendakwa tweet tersebut bukan sahaja berunsur fitnah, berniat jahat malah sengaja mahu memberi gambaran buruk kepada kelab tanpa fakta menyeluruh.

Khamal dalam masa sama menegaskan bahawa surat itu sepatutnya hanya berada dalam milikan LHDN, KDA FC dan salinan kepada Malaysian Football League (MFL) sebagai makluman penjadualan pembayaran cukai yang tidak tertunggak kepada Badan Perlesenan MFL bagi memenuhi syarat pelesenan tahun hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram