Dunia
Advertisements

Juara Liga Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng FC telah mengadakan tiga perlawanan persahabatan di Malaysia sebagai program pra-musim pasukan itu.

Wakil dari Kemboja ini bukanlah sebuah pasukan yang calang-calang kerana mampu menewaskan tiga pasukan Elit Liga Super. Bermula dengan perlawanan persahabatan pertama menentang Selangor. Mereka mampu membelasah skuad Gergasi Merah dengan keputusan 4-0 di Selayang.

Perlawanan kedua pula mereka menentang Felda United dan memperolehi kemenangan 2-1 di Stadium Usim, Nilai, Negeri Sembilan. Pada perlawanan ketiga pula mereka turut berjaya menumpaskan Terengganu FC dengan kemenangan tipis 4-3 di UM Arena, Kuala Lumpur.

Advertisements

Ketika ditanya kepada pengendali pasukan ini, Conor Nestor mengenai rahsia kejayaan pasukannya ini, beliau berkata falsafah bola sepak moden adalah resipi kejayaan mereka.

“Falsafah saya mudah, dalam permainan bola sepak moden, apabila mendapat bola pastikan kamu menguasai permainan dan bermain dengan corak permainan menyerang. Ia bermaksud kamu boleh mara ke depan untuk menyerang tetapi jangan sampai hilang penguasaan bola.

Svay Rieng FC 2 1 Tiga Wakil Elit Liga Super Tak Mampu Kalahkan Preah Khan Reach
Preah Khan Reach juga sedang mempersiapkan pasukan bagi kejohanan AFC

“Bila kehilangan bola, pastikan kamu dapat merampasnya secepat mungkin. Pada saya ianya adalah falsafah yang mudah dan saya gembira pemain saya percaya dengan corak permainan yang telah saya terapkan.

Advertisements

“Apa yang buat saya gembira, pemain-pemain ini berusaha bersungguh-sungguh untuk mengaplikasikannya dalam permainan mereka.”

Conor pernah bekerja bersama Persatuan Bola Sepak (FA) Ireland selama 10 tahun sebelum datang ke Kemboja pada tahun 2016. Secara jujurnya, beliau mengakui tidak tahu apa-apa mengenai negara Kemboja.

“Segalanya berubah apabila saya melihat kecintaan dan kesungguhan pemain-pemain di sana bermain bola sepak. Ia telah menarik minat saya untuk melatih mereka dan saya percaya mereka mampu menjadi pasukan yang hebat dengan komitmen dan semangat dalam diri mereka itu.

Advertisements

“Jika kami lihat prestasi skuad kebangsaan mereka dalam kejohanan Sukan SEA baru-baru ini, sudah tentu negara ini mempunyai masa depan yang cerah. Kita boleh lihat betapa mereka bekerja keras untuk menjadi pasukan yang hebat satu hari nanti di Asia Tenggara. Kata kuncinya adalah ‘bekerja keras’,” tambahnya lagi.

Mereka akan bertolak pulang pada Selasa bagi membuat persiapan terakhir sebelum beraksi di pusingan kelayakan Piala AFC pada 22 Januari ini menentang kelab dari Laos.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram