Tiket Final Piala AFF Habis Terjual Dalam Masa 1 Minit
Dunia
Alifmakanbola
Advertisements

Tiket bagi perlawanan kedua akhir Piala AFF Mitshibushi Electric yang menemukan Thailand dan Vietnam di Stadium Thammasat telah terjual dalam masa 1 minit sahaja.

Kehangatan aksi kedua pasukan ini semakin membara. Thailand turun dengan status juara bertahan manakala Vietnam punyai rekod cemerlang tanpa bolos sepanjang kejohanan ini.

Stadium Thammasat, Bangkok ini mampu menampung 25,000 orang penyokong dan difahamkan telah digantikan sebagai Stadium utama berikutan Stadium Rajamanggala yang tidak boleh digunakan atas tujuan tertentu.

Advertisements

Dalam saingan Piala AFF kali ini, skuad Gajah Perang tidak pernah tewas di laman sendiri dan hanya mencatat satu bolos.

Ini menyaksikan pertembungan terakhir bagi penentu juara Piala AFF Mitshibushi Electric 2022 bagi edisi kali ini.

Perlawanan kedua akhir Piala AFF di Stadium Thammasat ini dijadualkan pada 16 Januari ini hari Isnin jam 8:30 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram