TMJ Akan Tampil Jawab Khabar Angin Perpindahan Arif Aiman
MakanBola
Sponsors

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan tampil menjawab segala desas desus dan khabar angin tentang berita perpindahan bintang muda JDT, Arif Aiman Hanapi.

Dalam hantaran terbaru JDT di laman Johor Southern Tigers, DYAM Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor akan ditemu bual mengenai beberapa perkara berkait rapat dengan pasukan Harimau Selatan bagi musim 2023.

Ad

Bukan sahaja itu, TMJ juga akan menjelaskan tentang persaingan tempat serta kesebelasan utama JDT di bawah kendalian Esteban Solari.

Ad

Yang lebih menariknya, segala persoalan tentang khabar angin mengenai perpindahan Arif Aiman pastinya akan terjawab pada esok.

Sebelum ini terdapat ura-ura yang mengaitkan pemain sayap sensasi itu ke bumi Jepun. Arif yang baru sahaja mencecah usia 20 tahun telah melalui beberapa musim yang cukup cemerlang di JDT.

Ad

Kemenangan JDT keatas Perak malam semalam telah mengukuhkan lagi kedudukan Harimau Selatan di tangga teratas saingan Liga Super 2023. Tujuh kemenangan berturut-turut diraih JDT dengan keseluruhan 30 gol berjaya dijaringkan anak buah kendalian Esteban Solari.

Ad

JDT pastinya akan terus konsisten dan komited memburu semua trofi demi mencapai misi serta matlamat tahun ini. Temu bual ekslusif TMJ boleh diikuti di laman JDT TV pada esok, 6 April 2023.