TMJ Belanja Lebih RM12 Juta Bantu FAM & Bolasepak Malaysia
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) senaraikan 10 sumbangannya dan Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada bola sepak Malaysia menerusi hantaran Instagram Story terbarunya.

Sebelum ini netizen mempersoalkan sumbangan JDT & TMJ di media sosial dan akhirnya TMJ bersuara dan senaraikan 10 sumbangannya untuk menjelaskan hal sebenar yang ramai orang awam tidak tahu.

Baginda turut memaklumkan telah berbelanja lebih RM12 juta untuk menyelesaikan masalah hutang lapuk pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Advertisements

“JDT menyumbang 16 mata AFC MA Ranking, lebih slot untuk pasukan-pasukan Liga Super ke pringkat Asia. Membantu Malaysia mengutip 32.07 mata ranking FIFA, kedudukan 154 kepada 146.

“JDT meminjamkan pusat latihan kepada skuad kebangsaan dan meminjamkan Stadium Larkin & Pasir Gudang untuk tujuan latihan dan perlawanan persahabatan pada tahun 2021.”

“Menaja RM1.4 juta, menanam rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula Mac 2023. Meminjamkan kanvas stadium untuk menjaga kualiti SNBJ sebelum perlawanan-perlawanan penting pasukan kebangsaan.

Advertisements

“Memberi sebuah bas rasmi untuk kegunaan pasukan kebangsaan pada tahun 2017. Merombak & mengecilkan saiz pentadbiran FAM untuk menjaga kewangan FAM.” Jelas TMJ.

TMJ turut menjelaskan sudah berbelanja sebanyak RM13.4 juta untuk menyelesaikan hutang lapuk FAM dan saman MP Silva.

“Mengurangkan saman MP Silva terhadap FAM dari RM6.5 juta kepada RM1.4 juta dan membayar RM1.4 juta menggunakan duit sendiri untuk menyelesaikan kes saman FAM itu.”

Advertisements

“Membelanjakan RM12 juta duit sendiri untuk melupuskan hutang-hutang lapuk FAM dan menyuburkan program-program akar umbi FAM.

“Menghantar jurulatih skuad kebangsaan ke Sepanyol untuk perkongsian profesional.

“Sekarang saya cabar mana-mana pihak atau individu untuk memberi saya satu nama sesiapa yang telah memberi sumbangan yang lebih daripada saya kepada pasukan kebangsaan dan bolasepak Tanah Air. Termasuk pemimpin-pemimpin kelab anda.”

Advertisements

“Patriotik? Action speaks louder than words“, jelas TMJ lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram