TMJ: Gaji Arif Aiman RM11,000 Sahaja, Tapi Main Bersungguh-sungguh
Dunia
MFL
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berkongsi beberapa tips pengurusan bola sepak di laman Instagramnya.

“Saya kenal setiap pemain saya. Daripada akademi hingga ke pasukan utama. Saya juga yang membuat keputusan berkenaan kontrak pemain.

“Tahukah anda berapa gaji Arif Aiman tahun lepas? RM11,000 sahaja. Tetapi main bersungguh-sungguh. Kenapa?

Advertisements

“Kerana macam mana saya jaga setiap pemain. Contoh bonus, bonus akan diberikan kepada setiap pemain yang memberi 100% dalam latihan dan dalam perlawanan.” Jelas TMJ di Instagram storynya.

TMJ turut memaklumkan bahawa baginda menerima laporan harian berkenaan infrastruktur, moral pemain, bilik persalinan dan program latihan.

Baginda turut menjelaskan setiap pemain yang dibawa masuk akan dinilai oleh dirinya sendiri dan jurulatih dan turut memastikan ianya mengikuti falsafah kelab atau cara permainan bola sepak yang JDT.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram