TMJ Izinkan Pemain Kebangsaan Yang Cedera Dirawat Di Fasiliti JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Sebentar tadi, satu lawatan khas telah dibuat oleh TMJ ke SNBJ, selesai lawatan tersebut, selain mengulas lanjut mengenai proses penanaman rumput di SNBJ, TMJ juga turut memberi pencerahan berkenaan kerjasama antara pasukan perubatan negara dan JDT.

Tunku Mahkota Johor telah memberi keizinan dan bersetuju untuk membantu mana-mana pemain yang cedera dirawati di fasiliti JDT. TMJ akui pasukan perubatan negara dan JDT sentiasa berkomunikasi membantu apa yang kurang untuk pemain yang mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, DYAM Tunku Ismail menyatakan bahawa JDT mempunyai fasiliti pemulihan yang terbaik di negara dan kelebihan yang ada dalam fasiliti tersebut adalah untuk memberi keselesaan kepada pemain yang mengalami kecedaraan.

Advertisements

“Pasukan perubatan kebangsaan sedang bekerjasama dengan pasukan perubatan JDT, sentiasa berhubung, pantau apa yang perlu apa yang tidak cukup, boleh ke tak kita bantu dengan mana-mana pemain punya pemulihan,”

“Ya, saya setuju untuk bekerjasama dan membantu kerana kami ada tempat pemulihan yang terbaik dalam negara untuk mana-mana pemain yang mengalami kecederaan,”

Sebelum ini, TMJ pernah menjelaskan kemudahan dan fasiliti yang terbaik untuk pemain kerana ia beri kesan dalam jangka masa panjang terutama untuk proses pemulihan pemain dan ia penting agar pemain sentiasa berada di tahap permainan yang terbaik.

Advertisements

Dengan wujudnya pusat perubatan ini maka ia membuktikan betapa kelab JDT sentiasa ingin meneruskan usaha untuk muncul peneraju utama di rantau Asia Tenggara terutama dari aspek infrastruktur, kejayaan dalam padang, inovasi, jenama dan pembangunan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram