TMJ Jalani Kursus Kejurulatihan Di Eropah
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mengakui menjalani kursus kejurulatihan bola sepak di Sepanyol untuk mempertingkat pengetahuannya berkenaan sukan berkenaan.

TMJ pada semalam (20 September) bertempat di Stadium Sultan Ibrahim berkenan menyantuni penyokong JDT untuk satu sesi soal jawab merungkai pelbagai persoalan daripada penyokong.

“Benar, saya sedang mengambil lesen kejurulatihan di Sepanyol tetapi bukannya saya hendak menjadi jurulatih.

Advertisements

“Saya mahu belajar lebih mendalam mengenai bola sepak untuk pengetahuan saya sendiri.

“Jadi, apabila saya bercakap atau mengeluarkan kenyataan ataupun berbincang dengan jurulatih saya, ia tiadalah kosong sangat.

“Kursusnya selama enam bulan di Sepanyol tetapi ia tidak secara terus-menerus,” katanya dipetik dari Nadi Arena.

Advertisements

Umum mengetahui TMJ memiliki pengetahuan tinggi dalam bidang pengurusan bola sepak dan berjaya menyerapkan falsafah tersendiri dalam DNA bola sepak Johor darul Ta’zim sejak mengambil alih kelab berkenaan pada tahun 2012.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram