TMJ Kongsi Keadaan Terkini Padang SNBJ
Piala Malaysia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ telah memberi respon berkenaan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang sepak mula final Piala Malaysia tidak lama lagi.

Isu padang menjadi perdebatan hangat sejak beberapa bulan kebelakangan ini setelah proses penukaran rumput Zeon Zoysia dijalankan sejak Mac lalu.

Keadaan padang mencuri tumpuan pada bulan Oktober lalu ketika Malaysia mengajurkan Pestabola Merdeka 2023 dengan akar rumput kelihatan masih belum matang sehingga menganggu rentak permainan.

Advertisements

Padang di Bukit Jalil bersedia ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 semasa Malaysia bertemu Kyrgyzstan di laman sendiri namun semuanya berubah selepas konsert Coldplay diadakan.

Sebelum ini, DYAM TMJ sudah berkongsi gambar keadaan padang selepas konsert tersebut yang sudah berubah warna namun pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan bahawa semuanya akan pulih sebelum 8 November.

Advertisements

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga memaklumkan bahawa PSM akan memastikan bahawa keadaan padang kembali pulih menjelang aksi penting ini.

“Jadi jangan risau, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti.”

Advertisements

Menerusi hantaran terbaru oleh Baginda, kelihatan keadaan terkini padang SNBJ masih belum siap sepenuhnya dengan bahagian tengah padang kelihatan masih belum digantikan rumputnya.

Bahagian tepi padang yang sebelum ini menjadi isu hangat juga kelihatan masih belum dalam keadaan terbaik tatkala berbaki beberapa hari sebelum sepak mula.

Advertisements

Padang ini juga merupakan tajaan sepenuhnya DYAM TMJ bagi melihat pasukan kebangsaan memiliki padang yang berkualiti bagi mengadakan aksi di laman sendiri.

“Tahap yang bagus untuk final Piala Malaysia. Nampaknya formula anda berkesan,” ujar TMJ sambil menyebut nama Pengerusi PSM, Hans Isaac.

Peminat juga sudah pasti mula risau dengan keadaan padang yang kelihatan belum siap sepenuhnya.

Aksi final antara pasukan JDT dan Terengganu FC dijadualkan berlangsung pada 8 Disember 2023 jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram