TMJ Ledak Hatrik Berdepan Bekpes Hot FM
Persahabatan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ mempamerkan aksi yang cukup memukau ketika membantu skuad JDT menewaskan Bekpes Hot FM dengan keputusan 15-2 dalam satu aksi persahabatan.

Satu perlawanan persahabatan antara Bekas Pemain, Pengurusan & Kakitangan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Dashing Bekpes Hot diadakan aksi di Stadium Sultan Ibrahim pada 14 Disember 2023.

Skuad Bekpes yang dibarisi oleh penyampai radio terkenal seperti Khairy Jamaluddin (KJ), AG dan Johan selain diserikan oleh beberapa artis terkenal seperti Tomok, Amir Masdi dan lain-lain menceriakan perlawanan ini.

Advertisements

Menerusi beberapa perkongsian di laman sosial, penonton yang hadir ke stadium kelihatan terpukau dengan kebolehan DYAM TMJ beraksi di atas padang.

Gol pertama hadir menerusi satu percubaan cantik dari luar kotak penalti apabila baginda tenang melepaskan rembatan sungguhpun dihimpit oleh lawan sekaligus menyukarkan penjaga gol untuk menyelamatkan bola tersebut.

Gandingan mantap bersama ketua jurulatih JDT, Tano Solari membuahkan hasil apabila dua lagi jaringan berjaya dihasilkan oleh pasukan.

Advertisements

Satu lagi jaringan berjaya dihasilkan apabila lorongan cantik mencari baginda mudah disempurnakan berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Bekpes Hot FM.

DYAM TMJ meledak hatrik apabila baginda berjaya membaca kedudukan penjaga gol sebelum menggunakan tekniknya untuk merembat dari luar kotak penalti untuk gol ketiga peribadi.

Antara muka lain yang turut menghiasi aksi tersebut adalah bekas ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora yang turut diberikan peluang beraksi dalam aksi persahabatan ini.

Advertisements

Video: Gol TMJ vs Bekpes Hot

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram