TMJ Perjelas Apa Itu ‘DNA TMJ’

TMJ officialjohor TMJ Perjelas Apa Itu 'DNA TMJ'
officialjohor

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berkongsi beberapa tips pengurusan bola sepak di laman Instagramnya dan baginda turut akui kewujudan ‘DNA TMJ’.

Selepas lebih sedekad mengambil alih pengurusan Johor Darul Ta’zim, JDT kini telah memenangi 32 trofi untuk skuad senior dan akademi.

“Sejak dari awal filisopi ini adalah berdasarkan karakter saya dan apa yang saya mahukan dari setiap orang yang bekerja di kelab (JDT). Kawalan kualiti hinggalah cara permainan yang saya ingin kelab mainkan.

“Filisopi kelab adalah; dominasi, jangan kata mati, determine, disiplin, inovatif, kemajuan.

“Saya membuat semua keputusan dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku di dalam kelab.

“Contoh, saya berhubung dengan jurulatih dan pihak pengurusan setiap hari. Jurulatih akan kongsikan strategi dan pemilihan pemain.

“Saya pula akan minta macam mana saya nak pasukan bermain dan pemain mana yang saya rasa sesuai. Jurulatih akan buat persiapan dalam latihan mengikut permintaan saya atau apa yang saya inginkan.

“Alhamdulillah, di JDT kita boleh lihat hasilnya dan pihak pengurusan atau jurulatih dapat arahan dari saya jika ada apa-apa berlaku. Baik atau buruk, saya bertanggungjawab.

“Man management; ini paling mustahak dalam kelab bola sepak. Kuasa bilik persalinan, buatlah apapun jikalau 30 pemain tidak mahu berlari atau bersungguh-sungguh, kita tidak akan dapat hasilnya.” Jelas TMJ.

TMJ juga akui terlibat dalam hampir setiap aspek kelab termasuk pemilihan pemain dan baginda menerima laporan perkembangan kelab setiap hari dari jurulatih.

Selain itu, TMJ turut menjadikan Arif Aiman sebagai contoh yang sebelum ini menerima gaji hanya sebanyak RM11,000 namun beraksi dengan bersungguh-sungguh apabila diuruskan dengan betul.