TMJ Sambut Baik Kedatangan Lim Teong Kim Ke Malaysia

tmj qna pc jst TMJ Sambut Baik Kedatangan Lim Teong Kim Ke Malaysia
Johor Southern Tigers

Dalam satu sesi soal jawab Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail (TMJ) bersama penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) di Johor Bahru, TMJ menyambut baik kedatangan Lim Teong Kim ke Malaysia.

TMJ beranggapan ia mampu mempertingkatkan tahap kompetitif Liga Malaysia dan ianya bagus untuk para pemain dalam negara.

“Samada Perak memiliki duit yang banyak atau apabila dah tiada kerja, terima gaji yang lebih kecil. Saya sangat berterus terang.”

“Bagus, itu adalah perkara yang positif (kehadiran Lim Teong Kim ke Malaysia).

“Di Malaysia juga dia dianggap jurulatih terhandal dalam negara dan saya yakin beliau akan buat yang terbaik untuk Perak dan juga jurulatih-jurulatih lain yang akan berhijrah ke sana dan sini. Dan sudah ada beberapa pasukan yang sudah menandatangani (kontrak).

“Itu akan memperbaiki tahap kompetitif liga kita. Dan sudah tentu apabila tahap kompetitif meningkat ia akan meningkatkan tahap liga dan setiap pemain yang ada dalam negara,” jelas TMJ di bilik sidang media, Stadium Sultan Ibrahim.