fbpx

TMJ Sedia Beri Pinjaman 5 Pemain Kepada Pahang

Trending Hari Ini

Sorry. No data so far.

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga (JDT) II, Duli Yang Amat Mulia (DYAM), Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berkata, baginda sedia memberi pinjaman 5 pemain JDT II kepada Pahang.

”Kami memang dalam pertimbangan untuk meminjamkan empat hingga lima pemain JDT II ke Pahang,” ujar Tunku Ismail mengesahkan perkara tersebut.

Melalui kesediaan baginda memberi pinjaman ini, Pahang akan mendapat sentuhan beberapa pemain daripada skuad juara Piala Cabaran 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) II bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

dollahsallehcoach TMJ Sedia Beri Pinjaman 5 Pemain Kepada Pahang
Dollah Salleh membimbing Pahang selama 4 musim berturut-turut

Pasukan Tok Gajah yang dibimbing Dollah Salleh buat musim keempat berturut-turut itu sebelum ini telah melepaskan beberapa pemain tempatan mereka.

Antara pemain yang tidak disambungkan kontrak ialah Norshahrul Idlan Talaha, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Zubir Azmi, Afif Amiruddin, R. Kogileswaran, A. Salomon Raj dan Remezey Che Ros.

Perkembangan terbaharu itu mungkin sedikit melegakan peminat setia Pahang yang pastinya ternanti-nanti perancangan seterusnya diambil Dollah Salleh.

© MakanBola Media – All Rights Reserved