Tokyo Verdy Lanjutkan Kontrak Pratama Arhan
Dunia
J. Football Now
Advertisements

Walaupun hanya bermain sekali bersama Tokyo Verdy, itu sudah cukup untuk menyakinkan kelab Liga Jepun 2 itu untuk mengekalkan Pratama Arhan selama semusim lagi.

Pengumuman lanjutan kontrak bek kiri berusia 21 tahun itu dibuat oleh Verdy menerusi laman media sosial mereka hari ini.

Arhan dalam satu kenyataan berkata, “Saya merasa gembira dapat kembali ke Tokyo Verdy, saya berharap dapat diturunkan dalam banyak perlawanan pada masa akan datang dan membantu Tokyo Verdy kembali ke Liga Jepun 1.”

Advertisements

Menyertai kelab dari PSIS Semarang pada pertengahan musim lepas, Arhan bagaimanapun jarang diturunkan oleh kelab Jepun tersebut.

Arhan hanya diturunkan sekali untuk perlawanan liga menentang Tochigi SC musim lepas selama 45 minit. Perlawanan tersebut menyaksikan Tokyo Verdy muncul sebagai pemenang.

Disebabkan jarang diturunkan dalam kesebelasan utama, ramai penyokong Indonesia menggesa bek kiri muda itu diberi peluang sebaiknya oleh pengurusan Verdy. Mereka tidak mahu kehadiran Arhan dijadikan sebagai taktik pemasaran bagi menarik minat penyokong Indonesia dan bukan sebagai pemain sebenar.

Advertisements

Perkembangan Arhan di Liga Jepun 2 dijangka akan dipantau oleh PSSI dan jurulatih Tim Garuda, Shin Tae-yong susulan keputusan Verdy ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram