Tomislav Steinbruckner: Kita Mahu Menang Bersama Sebagai Satu Pasukan
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berpandangan sekiranya mereka mengalahkan KL City FC malam ini, mereka melakukannya sebagai satu pasukan.

Sebelum ini, ramai percaya kemenangan skuad Peteh disumbang oleh pemain-pemain individu seperti Sony Norde, Habib Haroon, Ivan Mamut dan penjaga gol Suhaimi Husin.

Bagaimanapun, Steinbruckner melihat kejayaan yang diraih baik dalam Liga Malaysia (Liga M) mahupun Piala AFC merupakan usaha bersama sebagai satu pasukan.

Advertisements

Dan itu yang mahu dilihatnya apabila mereka turun dalam aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia yang berlangsung pada malam ini.

“Anda tahu, kita (Terengganu) merupakan satu pasukan. Bila kita hadir (untuk) perlawanan esok (hari ini), kita mahu menang sama-sama.

Advertisements

“Ia bukan disebabkan Sony (Norde), Ivan (Mamut), Habib (Haroon) atau penjaga gol (Suhaimi Husin). Kita satu pasukan dan kita bermain untuk menyokong antara satu sama lain.

“Kita mahu pertahankan kelab ini bersama-sama dan kita mahu membawa kelab ini ke final,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan semalam seperti dilaporkan TFC TV.

Advertisements

Terengganu berharap dapat menambah kelebihan agregat 2-1 yang diperoleh dalam aksi pertama separuh akhir pada 21 Oktober lalu bagi menjamin kemaraan ke final Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram