Tomislav Steinbruckner Puas Hati Dengan Barisan Serangan Terengganu
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berpuas hati dengan prestasi jentera serangan pasukan itu dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia semalam.

Aksi pertama separuh akhir menyaksikan Terengganu mengatasi cabaran KL City FC 2-1 di Stadium Cheras.

Skuad Peteh mempunyai bekalan dua gol menerusi Ivan Mamut dan Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim. Sementara The City Boys mempunyai bekalan satu gol menerusi penalti Tchetche Kipre.

Advertisements

Steinbruckner mengakui barisan serangan Terengganu banyak mencipta peluang dalam perlawanan semalam.

Justeru, beliau berpandangan KL City bernasib baik kerana hanya dibolosi dua kali oleh anak-anak buahnya sepanjang perlawanan.

Advertisements

“Ivan (Mamut) menjaringkan satu gol hari ini. Sony (Norde) memiliki dua, tiga situasi (menjaringkan gol) yang bagus. Nik Sharif (Haseefy Mohd Lazim) muncul sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol.

“Syahmi (Zamri) bila dia masuk ke padang, dia mendapat peluang terbaik dalam perlawanan. Anda tahu bila kita mencipta peluang-peluang sebegini, saya puas hati.

Advertisements

“Masalahnya ialah bila pemain-pemain tak cipta peluang. Hari ini kita selayaknya patut mendapat lebih daripada 2-1.

“Dan saya beritahu kawan saya, Nenad (Bacina, jurulatih KL City), dia boleh rasa gembira kerana (keputusan) setakat 2-1,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan semalam.

Advertisements

Steinbruckner berharap anak-anak buahnya dapat mengekalkan prestasi serupa untuk aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 3 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram