Tonton Aksi Malaysia vs Vietnam Di 3 Saluran Ini
MakanBola
FA Malaysia

Peminat Harimau Malaya berpeluang menonton aksi Malaysia vs Vietnam secara langsung di 3 saluran yang disediakan ini.

Pengumuman terkini daripada pihak ASEAN United FC MY memaklumkan bahawa aksi separuh akhir melibatkan Malaysia vs Vietnam di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur boleh disaksikan menerusi 3 saluran yang telah disediakan.

Saluran Astro Arena kembali menayangkan aksi di pentas ASEAN Hyundai Cup selain penonton juga mempunyai pilihan bagi menonton perlawanan di laman Facebook dan YouTube ASEAN United FC bermula jam 8.30 malam nanti.

Ketiga-tiga saluran ini akan memaparkan perlawanan bermula di peringkat separuh akhir sehingga final sekali gus memberikan kelegaan buat peminat bola sepak tempatan yang ingin menonton aksi-aksi menarik dari kejohanan ini.

Aksi Malaysia vs Vietnam ini dianggap penting buat kedua-dua negara bagi mencari bekalan selesa untuk dibawa ke perlawanan timbal balik kedua dan memudahkan perjalanan pasukan menempah slot ke final ASEAN Hyundai Cup.

Oleh itu, Tan Cheng Hoe melihat sasaran dan matlamat untuk mara ke final adalah sesuatu yang lazim dibuat oleh sesebuah pasukan yang berjaya mara ke separuh akhir ditambah pula dengan dugaan demi dugaan yang menimpa skuad negara

“Mara ke separuh akhir bukanlah sesuatu yang begitu mudah. Kami telah harungi banyak halangan dan cabaran,” luah Tan Cheng Hoe ketika sidang media pra-perlawanan

“Apabila sesebuah pasukan berjaya mara ke separuh akhir, matlamat semula jadinya adalah untuk melangkah lebih jauh dan menempah tiket ke final.”

Aksi antara Malaysia menentang Vietnam dijadual berlangsung pada Ahad, 16 Ogos 2026 dengan sepak mula tepat jam 9.00 malam waktu Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.