Tragedi Menyayat Hati Pada Malam JDT Bermain Bunga Api di Stadium Sultan Ibrahim
Liga Super
BH Online
Advertisements

Pada malam JDT berpesta dan bermain bunga api sebagai meraikan kejayaan menjuarai Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut, berlaku tragedi menyayat hati yang mengorbankan nyawa salah seorang daripada jutaan penyokong kelab selatan tanah air itu.

Redzuan Jamil dan isterinya Nurul Nazihah Kamalul Ariffin, dalam perjalanan menuju ke Stadium Sultan Ibrahim untuk menyaksikan perlawanan terakhir Liga Super 2022 antara JDT dan Sabah, serta beberapa acara lain yang telah diatur termasuk persembahan oleh penyanyi terkemuka dunia, Jason Derulo.

Namun, kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak, kira-kira sejam sebelum sepak mula perlawanan.

Advertisements

Kemalangan itu, mengorbankan nyawa Nurul Nazihah, yang terperangkap di dalam kereta yang terbakar, tatkala Redzuan berjaya untuk menyelamatkan diri atas pertolongan pengguna jalan raya lain.

Menceritakan apa yang berlaku, Redzuan yang juga ejen insurans berkata, “Kami baru selesai bertemu pelanggan di Kluang dan dalam perjalanan ke Stadium Sultan Ibrahim untuk menyaksikan perlawanan JDT menentang Sabah.

“Saya dan isteri memang akan berdua ke mana sahaja sejak berkahwin tiga tahun lalu termasuk atas urusan kerja tetapi saya tidak menyangka insiden memilukan ini pula menimpa kami.

Advertisements

“Ketika kejadian itu semua kenderaan berhenti kerana berlaku kesesakan. Namun tiba-tiba berlaku impak rempuhan dari belakang yang menyebabkan kereta saya serta dua lagi dilanggar dengan kuat.

“Selepas beberapa ketika barulah saya menyedari sebuah lori lima tan merempuh kereta dinaiki kami sebelum orang ramai menarik saya keluar dari kereta.

“Isteri minta saya keluar selamatkan diri dulu, dan saya cuba menyelamatkannya dengan memecahkan cermin hadapan kereta dan pintu penumpang hadapan tidak berjaya kerana isteri tersepit di tempat duduk hadapan.

Advertisements

“Ketika itu tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak. Walaupun api marak namun saya tidak merasa bahang panas api malah isteri juga tidak memanggil nama saya apatah lagi meraung selepas dia meminta saya keluar selamatkan diri dahulu,”

“Saya tidak menyangka isteri akhirnya pergi dengan cara begini,” katanya tidak dapat menahan sebak.

Kami di MakanBola turut bersimpati atas kejadian malang ini, dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarhamah Nurul Nazihah. Semoga diampunkan dosanya dan ditempatkan rohnya di arasy tertinggi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram