Tugas ‘Khas’ Dion Cools Bersama Harimau Malaya Digalas Dengan Cemerlang
Dunia
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh rakan sepasukannya ketika mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong malam tadi.

Pertahanan berusia 25 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk bergandingan bersama Shahrul Saad dan juga Matthew Davies bagi mengemudi pertahanan tengah.

Beliau berjaya memperagakan aksi yang cukup baik selepas tidak membenarkan sebarang percubaan berbahaya dilancarkan ke arah gawang gol Malaysia sepanjang 90 minit permainan.

Advertisements

Dalam satu temubual selepas perlawanan, pertahanan FC Midtjylland ini mengakui peranan yang diberikan oleh Kim Pan-gon adalah untuk mengetuai barisan pertahanan daripada bawah.

“Saya perlu mengemudi pertahanan dari bawah.”

“Saya juga berkongsikan serba sedikit pengalaman saya dengan mereka.”

Advertisements

Cools juga mahu membantu untuk memberi lebih banyak pendedahan kepada rakan sepasukan dalam membentuk gandingan terbaik menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Ketika ditanya mengenai perbezaan yang terdapat dalam pasukan ini dan sebelumnya, beliau mengesan beberapa perbezaan yang memberi kesan kepada persembahan berpasukan ini.

“Terdapat ramai pemain berbeza yang dipanggil,” jelasnya dalam keadaan berseloroh.

Advertisements

Bekas pertahanan Club Brugge ini juga yakin bahawa barisan kejurulatihan Harimau Malaya juga sudah melakukan tugas yang baik untuk menerapkan pendekatan yang sesuai dengan lawan sekaligus mematikan langkah pasukan Hong Kong untuk memperoleh jaringan.

Malaysia kini dalam momentum terbaik untuk meraih keputusan positif dalam usaha merebut satu slot automatik ke Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram