Tukang Cuci Turut Dihargai, Sikap Berterima Kasih Fernando Forestieri Wajar Dipuji
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri baru-baru ini dalam satu hantaran di Instagram miliknya meluahkan rasa bangga dan teruja setelah pasukannya, JDT menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Dalam hantaran tersebut, turut diselitkan ucapan apresiasi dan beliau menghargai setiap individu yang terlibat dalam keluarga JDT. Tidak dilupakan para peminat yang sentiasa menyokong beliau dan rakan sepasukan.

Advertisements

Menurut Forestieri, pasukan yang cemerlang itu bukan hanya terdiri daripada 11 orang pemain dalam padang namun sebuah pasukan yang mantap melibatkan usaha sama ramai pihak.

“Apabila anda melihat pasukan yang cemerlang itu bukan hanya dengan 11 pemain tetapi 35 pemain, dan di belakang pasukan ini setiap hari ada satu kumpulan besar yang bekerja keras buat seluruh pasukan kelihatan baik.”

Advertisements

Forestieri dalam hantarannya juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada setiap kakitangan Johor Darul Tazim. Penyerang berusia 32 tahun ini turut menyeru kepada rakan sepasukannya untuk terus dahagakan kemenangan, mencapai lebih banyak kejuaraan bersama JDT.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kumpulan besar ini, kepada Kiko, Martin, Alistair, tukang kebun, kakitangan pemasaran, pengurus pasukan, pakar pemakanan, kakitangan perubatan, kakitangan teknikal, penganalisis, pembersih, pemain-pemain JDT II yang benarkan kami berlatih bersungguh-sungguh jadi kami boleh menyajikan permainan dengan lebih berkualiti, kitman, pegawai keselamatan, tukang masak dan juga terima kasih kepada peminat kerana sentiasa menyokong kami.”

Advertisements

“Terima kasih dan tahniah kepada rakan sepasukan saya kerana menjadikan kenyataan. Objektif pertama selesai.”

Forestieri 2 Tukang Cuci Turut Dihargai, Sikap Berterima Kasih Fernando Forestieri Wajar Dipuji

Dalam pada itu, Fernando Forestieri berjaya menjaringkan hatrik dalam perlawanan pertama saingan Piala FA ketika JDT menentang BRM FC semalam. Jaringan berkelas dunia Forestieri sekaligus membawa JDT ke pusingan kedua kejohanan.

Advertisements

Advertisements

News Comments Account