Tular Aksi Harry Maguire Gelecek Macam Messi
Dunia
Harrymaguire93
Advertisements

Kapten Manchester United, Harry Maguire baru-baru ini berjaya membuka mata Ten Hag untuk memberinya mandat baharu dalam skuad besar United bagi menghadapi saingan musim ini.

Di media sosial Twitter, telah tular aksi dari Maguire mengelecek dan lincah membawa bola sama seperti penyerang berbisa, Lionel Messi semasa beliau sedang menjalani latihan bersama skuad negaranya England yang bertempat di Al Wakrah.

Pemain berusia 29 tahun itu kini dilihat sudah mula mendapatkan rentaknya semula apabila tampil konsisten dalam persembahan beliau dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Advertisements

Walaupun sebelum ini pernah digugurkan daripada kesebelasan utama United ketika ditewaskan oleh pasukan Brighton dan Brenford, beliau tetap optimis dan kembali bangkit beraksi bulan lalu untuk berhadapan West Ham dengan keputusan kemenangan 1-0.

Namun, di sebalik episod gelapnya ketika bersama kelab, Maguire kini masih dilihat cemerlang di mata pengendali England, Gareth Southgate yang telah memilihnya menyertai skuad bagi mengharungi saingan di pentas Piala Dunia Qatar 2022.

Sebagai rekod, Maguire merupakan antara salah satu bahagian penting yang banyak membantu pasukan mara ke separuh akhir Piala Dunia pada tahun 2018.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram