Dunia
Advertisements

Pasukan bola sepak orang kudung Malaysia telah mendapat suntikan moral menjelang Kejohanan Jemputan 6 Negara yang dijadualkan berlangsung pada April ini selepas menerima sumbangan bernilai RM 20,000 daripada Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Pemberian sumbangan itu bersempena jemputan khas Tunku Ismail dan Johor Darul Ta’zim (JDT) buat skuad yang dikenali sebagai Harimau Kudung ke Padang Seri Gelam, Johor Bahru susulan satu ciapan dari wakil #ProjekTongkat, Hanif Miswan.

Kunjungan barisan pemain serta wakil Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) pada petang semalam adalah merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) juara Liga Super enam musim berturut-turut itu.

Advertisements
Aidil Zafuan 1 Tunku Ismail Beri Suntikan Semangat Sebanyak RM 20 Ribu Buat Harimau Kudung
Pelbagai ragam pemain JDT ketika menggunakan tongkat.

Tunku Ismail bersama-sama Hariss Harun, Farizal Marlias dan Aidil Zafuan Abd Radzak turut tidak melepaskan peluang untuk beraksi menentang para pemain berjiwa besar itu dengan menggunakan tongkat.

Di samping dapat beraksi di persekitaran bertaraf dunia bersama Tunku Ismail dan tonggak utama JDT, barisan pemain Harimau Kudung bimbingan ketua jurulatih, Sunny Shalesh itu turut dibawa meninjau fasiliti-fasiliti yang dimiliki kelab tersebut.

Tunku Ismail dalam pada itu turut mengakui semangat juang tinggi serta kegigihan dipamerkan barisan pemain bola sepak orang kudung Malaysia seharusnya menjadi ikutan buat para pemain JDT.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram