Advertisement
AFF U23: Vietnam Tewaskan Laos
Piala AFF
MakanBola
AFF U23 Championship

Aksi Kumpulan C kempen Piala AFF 2023 melibatkan pertembungan antara pasukan Laos dan Vietnam.

Babak pertama perlawanan memihak kepada skuad Vietnam apabila anak buah kendalian Hoang Anh Tuan mendahului perlawanan.

Jaringan pertama perlawanan terhasil menerusi Hoang Minh Khoa pada minit ke-16 permainan selepas beliau memanfaatkan hantaran lintang rakan sepasukan. Rembatan susulan Ming Khoa gagal diselamatkan penjaga gol Laos, S Thilavong.

Separuh masa pertama tamat, Vietnam 1-0 Laos.

Separuh masa kedua bermula dengan Laos berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi Thippachan.

Vietnam bagaimanapun kembali bangkit menjaringkan dua gol menerusi penyerang pasukan, Quang Nguyen dan Xuan Tien.

Sebelum tamat permainan, pemian gantian Vi Hao menjaringkan gol keempat buat Vietnam pada babak masa tambaha. Jaringan tersebut memastikan Vietnam mengutip tiga mata dalam aksi pertama kempen Piala AFF B23 2023.

Keputusan tamat, Laos 1-4 Vietnam.