Ads
Ucapan Inspirasi Tunku Ismail Cetus Semangat JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers

Ucapan penuh berinspirasi daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dilihat menjadi pemangkin kemenangan besar Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) baru-baru ini.

Advertisements

Selepas berjaya mengatasi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di peringkat separuh akhir Piala FA 2024 dengan keputusan agregat 6-1, kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu dalam liga pada 9 Ogos lalu.

Advertisements

Meskipun memiliki kelebihan dari segi rekod pertemuan silam, Harimau Selatan dilihat berdepan kesukaran mengakali corak permainan berdisiplin yang ditampilkan Sang Kenari.

Advertisements
Advertisements

Hal ini mendorong Tunku Ismail untuk memberi kata-kata semangat kepada barisan pemain dan staf kejurulatihan pasukan itu sebelum perlawanan bermula.

Dalam ucapan baginda, Tunku Ismail bukan saja mahu JDT mengekalkan momentum kemenangan yang diraih ke atas Kedah sebelum ini. Malah, baginda mahukan pasukan itu mengekalkan tenaga, semangat dan kesatuan sebagai satu pasukan mantap.

Advertisements

“Kita perlu teruskan momentum, kita kena teruskan momentum yang ada. (Kita kena kekalkan) tenaga, semangat dan kesatuan kita sebagai satu keluarga. Kesatuan kita sebagai satu keluarga,” katanya menerusi satu video yang disiarkan Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail juga mahukan para pemain bukan saja fokus dengan misi mendapatkan tiga mata. Malah, baginda mahukan setiap pemain menunjukkan prestasi terbaik di atas padang.

“Jadi, kita semua tahu misinya, saya sudah bercakap dengan anda semua semalam. Kita semua tahu misi kita, tanggungjawab kita, semua tahu tanggungjawab masing-masing OK.

“Kita turun beraksi, kita dapatkan tiga mata satu persatu tetapi kita kena bermain dengan baik. Kita kena ada tenaga terbaik, macam saya kata, teruskan momentum yang ada,” tambahnya.

Baginda kemudiannya mengakhiri ucapannya dengan laungan Johor bersama para pemain dan staf kejurulatihan diketuai pengendali Venezuela, Hector Bidoglio.

Harimau Selatan kemudiannya meraih kemenangan 6-0 ke atas Sang Kenari. Bergson da Silva mencipta hatrik dengan Feroz Baharudin, Murilo Henrique dan Afiq Fazail masing-masing menyumbat satu gol.

Advertisements

Ini bukan kali pertama Tunku Ismail memberi kata-kata semangat kepada barisan pemain dan staf kejurulatihan JDT. Baginda turut melakukan perkara sama sebelum aksi final Piala Malaysia pada Disember 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram