Ucapan Terima Kasih Wan Kuzain Tersirat Dua Makna?
MakanBola
Malaysia NT

Ucapan terima kasih daripada tonggak tengah Harimau Malaya, Wan Kuzain Wan Kamal menjadi tumpuan peminat.

Pemain berusia 28 tahun itu melakukan debit bersama Malaysia pada kempen Piala Hyundai ASEAN 2026 setelah beberapa kali berada dalam Senarai Bersedia pasukan kebangsaan.

Kehadiran pemain kelahiran Amerika-Malaysia ini meninggalkan impak yang cukup besar buat Harimau Malaya, khususnya membantu pasukan untuk mara ke pentas separuh akhir kejohanan.

Bantuan gol hasil satu hantaran lintant daripada pemain Sporting JAX ini menyaksikan jaringan tunggal Malaysia terhasil menerusi tandukan pemain sayap negara, G. Pavithran untuk kemenangan 1-0 ke atas Filipina.

Kelibat beliau menjadi tumpuan peminat selepas satu hantaran media sosialnya yang mengucapkan terima kasih menimbulkan tanda tanya.

“Wan to Wan, terima kasih Malaysia,” ujar Kuzain menerusi satu hantaran.

Kemas kini sesi latihan terbaru skuad kebangsaan juga menyaksikan tiada kelibat Kuzain bersama pasukan, sekali gus menguatkan lagi tanda tanya setelah Harimau Malaya kehilangan Endrick Dos Santos pada posisi tengah ekoran kecederaan.

Malaysia dijadual bertemu Vietnam pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad, 16 Ogos 2026 jam 9.00 malam waktu Malaysia.