UITM FC Tarik Diri Dari Cabaran Liga Super 2023
Dunia
Twitter/@uitmfclions
Advertisements

Dengan perubahan struktur Liga Super Malaysia musim depan, aspek kewangan kelab-kelab perlu mantap bagi menjadikan mereka berdaya saing. Tetapi atas sebab ini juga, UiTM FC menarik diri daripada saingan liga tersebut musim 2023.

Berita penarikan diri kelab bergelar The Lions Troops itu dinyatakan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi menerusi ciapan Twitternya.

Sebelum ini, sudah ada ura-ura UiTM FC mahu menarik diri daripada saingan Liga Super. Ia dikatakan berpunca daripada kesukaran kelab menarik tajaan diperlukan untuk membiayai kos pasukan musim ini.

Advertisements

Malah, lebih sebulan sebelumnya, presiden kelab Professor Dr Sazili Shahibi mengakui UiTM FC tiada kemampuan mempunyai pasukan simpanan seperti yang diminta pihak liga. Ini kerana jika itu berlaku, mereka perlu berbelanja lebih banyak sedangkan mereka tidak mempunyai wang.

“Kami merupakan pasukan yang mempunyai belanjawan paling kecil dalam liga. Tetapi bila liga distruktur semula, maka kami perlu cari RM6 juta. Bila kami bertanding dalam Liga Super sahaja, kiami berbelanja RM4 juta dan di Liga Perdana tahun lepas, kita hanya berbelanja RM3.7 juta.

“Tetapi kami perlu cari lebih banyak duit kerana terdapat lebih banyak perlawanan dan pasukan simpanan yang perlu diuruskan. Walaupun kami tak bawa tenaga import musim depan, kita masih perlu cari RM6 juta dan itu cuma jumlah minimum.

Advertisements

“Jika anda lihat perlawanan-perlawanan kami, kami gunakan 100% pelajar-pelajar universiti dan kami layak ke Piala Malaysia secara merit,” katanya.

Jawapan yang diberi kepada akhbar New Straits Times itu ibarat petunjuk keputusan yang diambil mereka hari ini. Ia turut menjelaskan mengapa aktiviti perpindahan UiTM FC senyap tidak seperti pasukan-pasukan lain.

Dengan penarikan diri UiTM FC, kini tinggal 14 pasukan yang bakal memeriahkan saingan Liga Super musim 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram