Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman mengharungi ujian berganda bagi musim 2024/25.
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengharungi ujian berliku apabila berada di tangga ke-10 Liga Super selepas mengharungi 14 perlawanan.
Sang Kenari menerima tamparan hebat selepas kehilangan tonggak ke-4 musim ini dan dikhabarkan pemain sayap pasukan, Sony Norde bakal membawa haluan baharu.
Pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan bakal membawa diri ke Liga 1 Indonesia dan dikhabarkan bakal menyertai Malut United.
Cabaran berikutnya buat Kedah Darul Aman berterusan apabila mengharungi laluan sukar bagi aksi Piala Malaysia 2024.
Kedah bakal berdepan semi finalis 2023, KL City FC dengan aksi pertama bakal berlangsung di Darul Aman pada 22 November sebelum berkunjung ke Cheras pada 1 Disember.
Aksi edisi lalu menyaksikan Kedah terkandas pada pusingan 16 terakhir selepas tunduk 3-4 secara agregat kepada Perak FC.
Tumpuan aksi Piala Malaysia juga terarah kepada juara bertahan, JDT yang menentang KL Rovers manakala Terengganu akan menghadapi Melaka.