UK & Ireland Bida Hak Tuan Rumah Euro 2028
Dunia
Populous
Advertisements

UK & Ireland melalui lima persatuan bola sepak kebangsaan mereka telah membida hak sebagai tuan rumah EURO 2028. Sebagai tanda komitmen bagi mendapatkan hak penganjuran tuan rumah, 14 buah stadium telah disenarai pendek sebagai tempat perlawanan-perlawanan kejohanan diadakan.

14 stadium tersebut yang dicadangkan ialah:

  1. Stadium Principality (Cardiff, Wales)
  2. Casement Park (Belfast, Ireland Utara)
  3. Villa Park (Birmingham, England)
  4. Stadium Aviva (Dublin, Ireland)
  5. Croke Park (Dublin, Ireland)
  6. Hampden Park (Glasgow, Scotland)
  7. Stadium Everton (Liverpool, England)
  8. Stadium London (London, England)
  9. Stadium Tottenham Hotspur (London, England)
  10. Stadium Wembley (London, England)
  11. Stadium Etihad (Manchester, England)
  12. Old Trafford (Manchester, England)
  13. St James Park (Newcastle, England)
  14. Stadium of Light (Sunderland, England)

UK dan Ireland akan memendekkan lagi senarai sebelum menghantar senarai 10 stadium pilihan mereka kepada UEFA. Senarai tersebut akan dihantar pada April 2023.

Advertisements

Daripada senarai 14 buah stadium ini, ke mana menghilangnya stadium terkenal seperti Anfield (Liverpool), Stadium Emirates (Arsenal) dan Stamford Bridge (Chelsea)? Sebagai stadium terkenal, tiga nama ini patut ada dalam senarai stadium yang dipertimbang sebagai tempat perlawanan EURO 2028.

Tetapi jika diamati semula, Liverpool atau Merseyside sudah mempunyai wakil menerusi stadium baru Everton di Bramley-Moore Dock. Stadium ini yang bakal menggantikan Goodison Park dijangka siap menjelang musim 2024/2025.

Sementara London pula sudah mempunyai tiga buah stadium sebagai wakil kawasan berkenaan. Stadium Wembley merupakan gelanggang keramat pasukan kebangsaan England. Sementara Stadium London (West Ham United) dan Stadium Tottenham Hotspur (Tottenham) pula merupakan stadium baru dan berupaya menjadi tuan rumah acara-acara berprofil tinggi.

Advertisements

Manchester diwakili dua stadium kelab gergasi iaitu Manchester United (Old Trafford) dan Manchester City (Stadium Etihad). Manakala, penyokong di sebelah utara pula boleh menonton perlawanan EURO 2028 di stadium keramat Newcastle United dan Sunderland, St James Park dan Stadium of Light.

UK dan Ireland mempunyai keyakinan bidaan mereka diterima oleh UEFA. Ini kerana satu-satunya pesaing mereka, Turki turut membuat bidaan sebagai tuan rumah EURO 2024. Manakala Rusia pula tidak dapat berbuat demikian selepas dikenakan penggantungan oleh UEFA berikutan perang di Ukraine.

Dengan memberi fokus kepada EURO 2028, UK dan Ireland turut memutuskan untuk tidak membida hak tuan rumah Piala Dunia 2030. Keputusan tersebut dibuat disebabkan kos kewangan yang tinggi dan pelbagai faktor luar jangka yang patut dipertimbangkan terlebih dahulu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram