Ular Ganggu Perlawanan Di Guatemala
Dunia
Liga Guatemala/Claro Sports
Advertisements

Baru-baru ini, satu stadium di Guatemala kecoh selepas pengadil memutuskan untuk menangguhkan perlawanan. Ini selepas seekor ular besar tiba-tiba masuk ke tengah padang. Ia sekaligus mencetuskan keributan dalam kalangan pemain yang mendorong mereka menyelamatkan diri.

Insiden ini berlaku pada minit ke-82 perlawanan membabitkan dua pasukan liga Guatemala, Nueva Concepcion dan Municipal. Pada awalnya, pengulas perlawanan menyangka penangguhan disebabkan penyokong menceroboh padang. Tetapi rakan si pengulas yang melihat insiden berkata, “Ada ular di atas padang – liga Guatemala kini berkisar tentang semua!”

Penjaga padang berusaha mengalihkan ular tersebut dengan galah gergasi tetapi gagal. Dua orang pegawai polis kemudiannya cuba membunuh ular tersebut dengan perisai rusuhan tetapi tidak berhasil. Tetapi akhirnya, seorang anggota bomba berjaya mengalihkan ular tersebut tanpa sebarang insiden sambil mendapat sorakan penonton.

Advertisements

Sebaik perlawanan disambung, Concepcion terus bertahan menerima asakan Municipal sehingga wisel penamat. Ini merupakan kemenangan pertama mereka dalam liga. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ular tersebut sudah mati atau hidup semasa dibawa keluar dan ia ular berbisa atau tidak.

Haiwan bukan sekali mencetuskan keributan apabila menceroboh padang stadium. Baru-baru ini, seekor kucing menyebabkan perlawanan Liga Satu membabitkan Wigan Athletic dan Sheffield Wednesday terpaksa dihentikan. Sementara perlawanan EPL Everton dan Wolverhampton Wanderers terpaksa dihentikan seketika pada 2019 selepas seekor kucing hitam menceroboh padang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram