Ultras Malaya Sedia Berikan Chant Khas Buat Peja

faizalazumu Ultras Malaya Sedia Berikan Chant Khas Buat Peja
FB/Faizal Azumu
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Ultras Malaya difahamkan bersedia untuk menyediakan chant khas buat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ekoran kenyataan yang dikeluarkan.

Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja menganggap sorakan penyokong punca pemain Malaysia hilang fokus ketika menentang Bahrain tempoh hari.

“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol,” kata Faizal dipetik daripada Harian Metro.

Rata-rata peminat Harimau Malaya tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut dan menyokong tindakan Ultras Malaya untuk mencipta chant khas.

“Kau nak Chant Special ke? Cakap la awal-awal,” kata Admin Ultras Malaya di Twitter.

Penyokong Harimau Malaya yang lain berkemungkinan besar dapat menyaksikan chant yang bakal dihasilkan oleh Ultras Malaya pada perlawanan seterusnya nanti.