Ultras Panthers dengan tegas menyatakan bahawa mereka sesekali tidak akan terlibat dengan mana-mana pergerakan parti politik.
Hal ini kerana difahamkan terdapat beberapa parti politik mahu menggunakan khidmat komrad dan drumline Ultras Panther bagi memeriahkan ‘majlis’ politik di kawasan mereka.
Ultras Panther kekal dengan tujuan asal dan matlamat sebenar mereka hanyalah untuk bola sepak semata-mata.
Pasukan Penang FC telah menamatkan cabaran mereka dalam saingan Piala Malaysia 2022 ini selepas tewas kepada Kuching City pada pusingan 16 terakhir yang lalu.