Ultras Selangor Gesa Kelab Berlaku Adil
MakanBola
Selangor FC

Ultras Selangor menggesa pengurusan Selangor FC berlaku adil kepada mereka susulan larangan hadir ke stadium yang dikenakan kepada kumpulan itu baru-baru ini.

Hal ini dinyatakan Ultras Selangor menerusi satu kenyataan di semua platform rasmi mereka pada Ahad.

Ultras Selangor mengakui kesilapan yang berlaku membabitkan insiden sebelum aksi Liga Super antara Terengganu FC dan Selangor pada 1 Februari lalu.

Mereka juga menghormati proses undang-undang dan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung hal itu.

Pada masa sama, mereka menggesa kelab berlaku adil dan menimbang semula larangan kehadiran yang diumumkan pada 7 Februari lalu.

Ini kerana pada hemat Ultras Selangor, mereka mengakui kesilapan yang berlaku tetapi mereka juga mahu hak keadilan dipertahankan.

“Pendirian kami jelas dan konsisten, kami bertanggungjawab atas kesilapan kami, tetapi kami juga berhak mempertahankan hak kami.

“Kami bukan menolak undang-undang. Kami bukan melawan institusi. Kami menuntut keadilan yang berlandaskan proses, bukan keputusan sepihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Ultras Selangor turut memohon semua pihak terutama kelab lawan melihat isu ini dengan adil dan matang.

Ini bagi memastikan tiada prejudis baharu wujud dan mengheret penyokong lain ke dalam naratif yang menyamaratakan dan menghukum secara melulu.

Claim Money Packet TnG