Asia
Tottenham Hotspur
Advertisements

Semua warga Korea Selatan termasuk bintang Tottenham Hotspur, Son Heung Min bakal menjadi muda mengikut tarikh lahir mereka yang sebenarnya. Ini selepas Seoul meluluskan undang-undang yang menghapuskan sistem usia tradisional mereka.

Advertisements

Menerusi sistem usia tradisional Korea Selatan, usia bayi akan dikira bukan bermula pada tarikh lahir sebenar mereka. Sebaliknya, usia bayi dikira setahun bermula dari tempoh berada dalam kandungan.

Contoh paling mudah, bayi yang masih dalam kandungan pada 31 Disember. Jika dilahirkan pada 1 Januari, maka usia bayi tersebut ialah dua tahun.

Advertisements

Disebabkan sistem usia ini, ia mencetuskan kekeliruan dari segi pengiraan dan mempengaruhi semua aspek kehidupan termasuk usia individu yang dipanggil menyertai khidmat ketenteraan Korea Selatan.

Sistem ini mengundang kritikan sejak beberapa tahun lepas kerana memperlihatkan Korea Selatan sebagai kolot dan ketinggalan zaman biarpun berstatus negara Asia Timur yang maju.

Advertisements

Ini dibuktikan menerusi laporan The Guardian yang menyatakan 70% responden menolak sistem usia tradisional berkenaan. Justeru, tidak hairanlah ramai orang mengalu-alukan pemansuhan sistem berkenaan kerana itu menjadikan mereka lebih muda.

Justeru, mengikut usia Heung-min yang sebenar, usianya ialah 30 tahun dan bukan 31 tahun mengikut sistem sebelum ini. Dan Liga Perdana Inggeris (EPL) bernasib baik kerana mereka sudah memutuskan kaedah terbaik mengira usia pemain.

Semasa mendaftarkan pemain mereka, kelab-kelab EPL hanya perlu memasukkan tarikh lahir sebenar pemain. Justeru, tiada keperluan bagi EPL mengubah usia Heung-min, Hwang Hee-chan (Wolverhampton Wanderers) atau rekrut terbaru Brentford, Kim Ji-soo.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram