Advertisement
Usahawan Malaysia, Ananth S. Nathan Jadi Pemegang Saham Ke-2 Terbesar AFC Wimbledon
Dunia
MakanBola
AFC Wimbledon

Usahawan Malaysia, Ananth S. Nathan menjadi pelabur ke-2 terbesar kelab divisyen 4 England, AFC Wimbledon sekaligus dilantik sebagai Presiden Antarabangsa AFC Wimbledon.

Beliau yang merupakan abang ipar kepada bekas pemain kebangsaan Malaysia, M. Gopal menjelaskan mencintai bola sepak dan tidak menyangka akhirnya menjadi sebahagian dari AFC Wimbledon.

“Saya sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan bola sepak. Adik ipar saya, M. Gopal pernah bermain untuk pasukan negeri Selangor dan juga Pasukan Kebangsaan Malaysia pada tahun 80-an. Bersorak kepadanya dari tempat duduk, bersama-sama dengan ribuan peminat yang bersemangat adalah antara detik-detik inspirasi yang membawa saya dekat dengan permainan ini,” kata Ananth kepada AFC Wimbledon.

“Apabila saya membaca tentang Wimbledon dan bagaimana mereka kembali (ke sukan bola sepak), perasaan inspirasi itu datang kepada saya sekali lagi.

“Saya kini telah dialu-alukan ke dalam komuniti ini dan saya sudah merasakan seolah-olah saya sebahagian daripadanya, sebahagian daripada keluarga,” sambungnya.

“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjadi pelabur. Saya melakukannya kerana saya suka bola sepak dan sejarah kelab ini. Apabila peluang datang, saya terpaksa meletakkan nama saya.”

Sebagai pemegang saham individu kedua terbesar, Ananth menjadi salah satu pelabur dari Asia Tenggara yang memiliki sebahagian saham kelab Eropah.

Ananth juga mendedahkan bahawa beliau tertarik membeli saham kelab ini selepas tertarik dengan komuniti setempat yang mesra dengan pelawat.

Ananth sebelum ini turut meletakkan pelaburan permulaannya kepada AFC Wimbledon dalam kempen crowdfunding di Seedrs. Seorang rakan telah memperkenalkannya kepada bapa bekas pemain Wimbledon, Jon Meades, dan seterusnya membawa kepada pertemuan dengan bekas ketua eksekutif kelab, Erik Samuelson.

Beliau turut bercita-cita untuk membawa kelab ini ke Asia untuk sesi perlawanan persahabatan sekaligus mengembangkan potensi pemasaran kelab yang digelar