Venue Rasmi Final Piala Malaysia Akhirnya Diumumkan
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penantian para peminat bola sepak tanah air berkenaan venue rasmi Piala Malaysia akhirnya terjawab menerusi satu pengumuman oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

Pertembungan dua pasukan berprestij di Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu FC menjadi tumpuan selain menjadi kejohanan akhir untuk menutup aksi musim ini.

Juara bertahan Piala Malaysia, JDT berjaya ke final selepas membenam Perak FC dengan agregat 12-2 sekaligus memberi cabaran terhebat buat skuad Peteh.

Advertisements

Terengganu pula menempah tiket ke pentas akhir selepas berjaya menundukkan finalis Piala Malaysia 2021, KL City dengan agregat 4-2.

Aksi ini juga ibarat ulangan kepada pertembungan Piala Sumbangsih awal musim ini yang telah dimenangi oleh anak didik Tano Solari.

Advertisements

Menerusi satu pengumuman oleh MFL, Stadium Nasional Bukit Jalil secara rasminya bakal menjadi venue rasmi bagi aksi berprestij di Malaysia itu.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 8 Disember 2023 (Jumaat) pada jam 9 malam waktu tempatan.

Advertisements

Kedua-dua pasukan yang beraksi di pentas Asia sudah paati tidak mahu melepaskan peluang untuk meraih trofi ini.

Sebagai rekod, JDT mara ke final dua kali pada tahun 2021 dan 2022 selain menang ke atas Selangor pada edisi tahun lalu dengan keputusan 2-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram