Video : Penyokong Arab Saudi Raikan Kemenangan Sampai Tercabut Pintu
Dunia
Getty Images
Advertisements

Kemenangan sensasi dilakar Arab Saudi ke atas Argentina pada Selasa, pastinya dikenang sebagai daripada keputusan paling mengejutkan dalam Piala Dunia kali ini.

Dua jaringan di separuh masa kedua memadam penalti awal Lionel Messi, menyaksikan Arab Saudi, pasukan underdog dari Asia meleburkan rekod tanpa kalah 35 perlawanan milik Argentina yang juga calon pilihan utama bergelar juara.

Penyokong mereka di serata dunia, berpesta meraikan kemenangan yang disifatkan sebagai bukan sahaja kejutan terbesar di Qatar 2022, tetapi juga dalam sejarah penganjuran Piala Dunia.

Advertisements

Malahan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud turut mengumumkan cuti peristiwa susulan kemenangan bersejarah itu.

Di media sosial, cerita kemenangan Arab Saudi menjadi topik paling trending dan tular satu video penyokong mereka melompat kegirangan dalam keterujaan meraikan jaringan oleh Saleh Aldawsari pada minit ke-53 sampai tercabut pintu rumah.

Begitulah keajaiban Piala Dunia, tatkala sedikitpun harapan tidak diletakkan ke atas Arab Saudi, malah dianggap akan menjadi pasukan belasahan, mereka membuktikan tiada apa yang mustahil.

Advertisements

Menariknya, ini kali pertama pasukan digelar The Green Falcons itu menang aksi pertama Piala Dunia dalam enam penampilan mereka bermula 1994, disusuli 1998, 2002, 2006 dan 2018.

Menjadikan situasi lebih mengujakan buat Arab Saudi, selepas tamat aksi pembukaan mereka sedang menerajui saingan Kumpulan C dengan tiga mata, dua mata mengatasi Poland dan Mexico yang mencatat seri tanpa jaringan.

Mereka selepas ini akan menentang Poland dan menutup aksi kumpulan menentang Mexico.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram