Vietnam Benam Borussia Dortmund
Dunia
Vietnamese football
Advertisements

Pasukan ranking ke-96 dunia, Vietnam berjaya membenam kelab gergasi Eropah, Borussia Dortmund pada saat akhir dalam aksi perlawanan persahabatan yang berkesudahan dengan 2-1.

Skuad kendalian Park Hang Seo dibolosi diawal minit ke-13 permainan menerusi penyerang Borussia Dortmund, D. Mallen yang berjaya menyempurnakan hantaran ‘cutback‘ daripada F. Passlack.

Kemudiannya, Vietnam berjaya menyamakan kedudukan apabila gerakan ‘counter-attack‘ berjaya mengucar-kacirkan pertahanan BVB lalu menatijahkan jaringan gol menerusi penyerang mereka, T.L Nguyen.

Advertisements

Pada minit ke-88 permainan, Vietnam dihadiahkan sepakan penalti selepas salah seorang daripada pemain mereka dijatuhkan. Penyerang muda, T.H Pham mudah menyempurnakannya.

Perlawanan persahabatan ini mungkin menjadi aksi pemanas badan buat Vietnam sebelum bermulanya saingan Piala AFF Mitshibushi Electric yang akan bermula bulan Disember ini.

Ini merupakan perlawanan terakhir buat Der BVB bagi jelajah Asia di Stadium Negara My Dinh. Lihat sorotan perlawanan di Youtube dibawah.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram