Vietnam Beri Tentangan Hebat Kepada Croatia Di Piala Dubai 2022

Vietnam Dubai Cup Vietnam Beri Tentangan Hebat Kepada Croatia Di Piala Dubai 2022
VFF
Nik Faris @nikfalovic
4:20pm 30/03/2022

Pasukan bawah 23 tahun Vietnam memperagakan aksi yang cukup luar biasa apabila berjaya membuatkan pasukan Coratia cemas seketika sebelum tewas dengan keputusan 1-0.

Keputusan itu dilihat sangat positif apabila kedua-dua pasukan beraksi dengan cukup bertenaga sepanjang 90 minit permainan.

Pada perlawanan pertama tempoh hari, Vietnam memulakan aksi dengan menentang Iraq yang menyaksikan tentangan sengit berjaya dijelmakan sebelum berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Namun begitu, perlawanan tumpuan buat pasukan Park Hang-seo dan bakal diambil alih oleh Go Oh-kyun ini terus menampilkan persembahan yang cukup bertenaga dengan melakukan asakan ke arah gawang Croatia.

Sungguhpun begitu, Croatia jelas lebih mendominasi perlawanan dengan melakukan percubaan demi percubaan dan jelas lebih selesa mengawal bola.

Hasilnya, mereka berjaya memperoleh gol tunggal yang mengesahkan kemenangan mereka dalam perlawanan tersebut.

Semalam, mereka beraksi dalam perlawanan pusingan ketiga menentang Uzbekistan yang menyaksikan mereka hanya tewas tipis 1-0.

Ini juga membuktikan bahawa tahap dan prestasi pasukan muda Vietnam berada pada tahap yang cukup baik untuk terus menjadi pasukan gergasi di rantau ini.