Vietnam kembali menemui rentak sekaligus menjadi amaran awal buat Harimau Malaya.
Skuad kendalian Kim Sang-sik merekodkan kemenangan 3-1 pada aksi separuh akhir kedua menentang Singapura bagu aksi ASEAN Championship.
Kejayaan dengan agregat 5-1 itu memastikan The Golden Star berjaya melangkah ke pentas final sekali lagi selepas edisi 2022.
Kemenangan itu juga membolehkan Vietnam untuk mengekalkan rekod tanpa tewas dalam kejohanan ini iaitu dengan 5 kemenangan dan satu keputusan seri.
Prestasi hebat in juga disusuli oleh peningkatan ranking FIFA apabila Vietnam kini merupakan pasukan kedua terbaik di Asia Tenggara dan menghuni kedudukan ke-114 dunia dengan 1164.79 mata.
Kedua-dua pasukan diundi dalam satu kumpulan bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal bermula Mac ini bersama dua lagi pasukan iaitu Nepal dan Laos.
Rekod pertemuan menyaksikan Malaysia tewas 5 pertemuan terakhir ketika lawan berada di bawah kendalian Park Hang-seo termasuklah pertemuan terakhir pada tahun 2022 pada aksi ASEAN Championship dengan keputusan 3-0.
Vietnam kini melangkah ke pentas akhir dan menanti cabaran sama ada Thailand atau Filipina yang bakal bertemu sesama sendiri pada 30 Disember.