Vietnam & Thailand Dituduh Sengaja Kalah Dengan Malaysia & Laos

73CB3EAA 7425 4E3D B4F9 AEE1218D8ECF Vietnam & Thailand Dituduh Sengaja Kalah Dengan Malaysia & Laos
akbar nugroho gurnay/bolasport

Kekalahan pasukan Vietnam dan Thailand pada aksi separuh akhir menentang Malaysia dan Laos menimbulkan beberapa tanggapan bahawa ianya sengaja dirancang oleh dua pasukan tersebut. 

Laos mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan Thailand dengan jaringan 2-0 manakala Malaysia mudah belasah Vietnam 3-0. 

Dua keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada penyokong Indonesia dimana mereka menganggap tindakan tersrbut adalah untuk melepaskan diri (Vietnam & Thailand) daripada disoal-siasat oleh pihak AFF. 

Baru-baru ini, pasukan Vietnam dan Thailand dilihat seperti sudah berpakat sesama mereka untu memaksa Indonesia tersingkir awal di peringkat kumpulan. 

Disebabkan kejadian terebut, PSSI terus  menghantar surat bantahan rasmi ke Asean Football Federation (AFF) bagi mengkaji senula perlawanan antara Thailand dan Vietnam dalam aksi peringkat kumpulan. 

Sehingga kini, masih tiada respon yang diberikan daripada pihak yang bertanggungjawab.

Menurut beberapa komentar di ruang komen facebook PSSI, segelintir penyokong Indonesia menyatakan bahawa Vietnam dan Thailand mahu menutup kesalahan mereka yang tidak beraksi secara ‘fairplay’. 

“Kekalahan Thailand dan Vietnam hanya untuk menutup skuad gajah semalam, ia diatur untuk meredakan kemarahan peminat Indonesia dan juga bantahan yang dikemukakan oleh PSSI. 

“Vietnam sudah kalah, Thailand pun kalah. Agak meragukan apabila Thailand kalah dibantai Laos juga. Jelas sekali mereka mahu menutup kesilapan mereka dengan sengaja kalah. 

Apa jua sekalipun, tetaplah ikut pada peraturan yang telah ditetapkan. Yang salah tetap salah, janganlah kita menegakan benang yang basah. 

Malaysia akan bertemu Laos bagi aksi peringkat akhir Piala AFF B-19 Tahun yang dijadualkan pada 15 Julai ini jam 9 malam.