Pasukan kebangsaan Vietnam telah menolak hajat besar Malaysia.
Harimau Malaya kini dalam persediaan untuk menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 untuk layak ke pusingan berikutnya.
Hajat ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mengadakan aksi persahabatan dengan negara Timur Tengah tidak kesampaian susulan aksi di luar kalendar FIFA.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga mengesahkan bahawa terdapat usaha untuk mencari beberapa lawan sebelum aksi menentant Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.
“FAM telah berusaha dan mohon kepada 4-5 negara untuk aksi persahabatan. Akan tetapi, kita berdepan kekangan dan semuanya tidak dapat.
“Hal ini disebabkan bukan dalam kalendar FIFA. Jadi kita hanya boleh usahakan untuk bertemu kelab tempatan sahaja,” jelas Setiausaha FAM, Datuk Noor Azman Rahman ketika ditemui di Wisma FAM.
Beliau juga menjelaskan ada usaha untuk mendekati jaguh Asia Tenggara, Vietnam untuk aksi persahabatan namun tidak dapat dipenuhi.
Harimau Malaya bagaimanapun telah mengharungi aksi persahabatan menentang Perak FC dan mencatatkan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Daniel Ting.
Skuad Harimau Malaya akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.
Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.