Wajah Dion Cools Tertekan, Dah Tak Sabar Wakili Malaysia
Dunia
Unit Media Ultras Malaya
Advertisements

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Johan Cools dilihat sedikit gelisah dan juga tidak sabar untuk mewakili Malaysia menjelang siri perlawanan persahabatan di Singapura tidak lama lagi.

Pertahanan Zulte Weregem ini tersenarai dalam senarai akhir 25 orang pemain yang dibawa oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi membawa cabaran negara sekaligus menjadi medan persediaan terbaik sebelum aksi Liga Super kembali bersambung.

Namun begitu, menerusi satu hantaran di laman rasmi Instagram beliau, pemain berusia 25 tahun itu jelas menunjukkan riak wajah yang sedikit gelisah tatkala beliau kelihatan sedang menanti penerbangan untuk menuju ke Singapura.

Advertisements

Khidmat pemain yang mempunyai pengalaman luas di pentas Eropah ini terus ditagih Kim Pan-gon dalam usaha untuk memantapkan lagi barisan pertahanan pasukan.

Pengalaman Cools beraksi sebanyak 28 kali buat skuad muda Belgium bakal menjadi nilai tambah buatnya untuk terus membantu Harimau Malaya.

Pada musim ini, pemain kelahiran Sarawak, Malaysia ini telah pun beraksi sebanyak 9 perlawanan bersama pasukan pinjamannya di Belgium ini selain berjaya melakukan 1 bantuan gol.

Advertisements

Bukan itu sahaja, semasa berada di FC Midtjylland, Cools sempat melakukan 12 penampilan selain beraksi di pelbagai posisi pertahanan.

Kehadiran beliau yang telah pun beraksi sejak tiga perlawanan dalam kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand ini jelas menjadi watak penting pasukan ketika ini.

Sungguhpun hanya sempat bermain menentang Indonesia dalam Piala AFF tempoh hari, barisan kejurulatihan baharu tetap percaya dengan kemampuan beliau untuk membawa cabaran negara.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram